Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi satu perkara yang tidak kurangnya penting bagi menjamin sesebuah hubungan perkahwinan agar terus kekal.
Mungkin apa yang bakal saya kongsikan pada kali ini bertentangan dengan pendapat majoriti dikalangan kita. Terutamanya bagi suami. Walaupun saya sendiri adalah kaum lelaki, tapi saya tidak pernah mengutarakan pendapat yang ‘berat sebelah’.
Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:-
- Menjaga anak
- Menyediakan makan-minum isteri
- Mengurus segala keperluan rumahtangga
- Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
- Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagaianya
Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU. Dalam kata lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tututan kerja di pejabat.
Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah.
Hal ini sejajar dengan salah-satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa: ‘Seorang wanita solehah lebih baik daripada 40 orang lelaki yang soleh.’
Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.
Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.
Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua keluarga dan tidak berani untuk ingkar atau melakukan perkara-perkara maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.
Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit atau tidak larat. Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit kepala ketika dia pening serta bagi la dia makan ubat ketika dia sedang sakit.
Ok, sekian sahaja perkongsian saya buat kali ini. Semoga suami-suami di luar sana mula sedar akan perkara ini.
Hmmm...apa pendapat korang ek?
Mmg nowadays bleh dikatakan ramai suami yang letakkan tanggungjawab rumah tangga sepenuhnya kepada isteri.. especially for housewife cam I nie...huhu kekadang tu sedih gak...sbb badan nie tired sangat but husband kekadang buat bodo jer... bukan tak bersyukur... i know that husband tu dah banyak sangat membantu...itu i tak nafikan...but they are still have so many tyme for themselve...cam main game sampai 3-4 jam non stop...n kita nie nk nengok ngadap laptop pun kena tunggu kul 1-2 pagi tyme bila anak2 dh tido, keje umah dah siap...huhu sedihkan...or jealous? hehe..i know that lelaki nie mmg tak pandai...husband sendiri cakap, when u need help, just mention it..klau tak tu, hmm susah le sket nk harapkn ringan tulang diorang...adooiiaaii larat ke nk kita suruh jer...
jealous? mmg jealous...when u see them, lepaking, laptoping, gaming, TVing... cam menyirap gaks...n tyme tu, we re very bz looking for kidos, washing plate, washing cloth, ampai baju, cooking, kemasing rumah.... huhu...n bila kita bising2, they said that we re always bebeling... then, wat can i say? badan penat mental pun penat...esp wif 3 son...mmg cam tak sempat nk duduk...
Maybe its life for housewife kot...but i tak nafikan husband mmg caring...always take us jalan2 even ptg2 sekejap...after the whole day kat umah jer...n always take care of us n i admit dia selalu gak tolong mandikan anak, vacum rumah, ampai baju or even help me cook...but everiting ikut mood dia la...hmm look like i'm still lucky yah... Alhamdulillah
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan segala yang suami kita telah lakukan... moga apa yang i lakukan ikhlas ..
Abdullah ibnu Abbas radiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Kemudian aku lihat neraka, dan tidak sebelum ini aku melihat sesuatu yang sangat menggerunkan, dan aku nampak kebanyakan ahli neraka adalah wanita. Bertanya para sahabat: Wahai Rasulullah, apakah sebabnya ? Rasulullah menjawab: Kerana mereka kufur. Ditanya lagi: Adakah mereka kufur kepada Allah ? Baginda menjawab:
Mereka kufur (yakni tidak berterima kasih) kepada suami mereka dan kufur (tidak bersyukur) ke atas kebaikan yang telah diberi kepada mereka (oleh para suami). Sekalipun dibuat baik kepada seseorang mereka sepanjang hayat, apabila dia (isteri) melihat sesuatu (keburukan) pada kamu, dia akan berkata: Saya tidak pernah melihat sebarang kebaikan pada anda.
Berdoalah semoga kita tak tergolong sebagai wanita2 yang kufur iaitu tidak bersyukur atau berterima kasih dengan suaminya....